SAYA MEMULAKAN KERJAYAKU SEBAGAI SEORANG USAHAWAN SEMENJAK TAHUN 1990 APABILA TELAH TAMAT PERSEKOLAHAN.SAYA MEWARISI PERUSAHAAN INI DARI KELUARGA YANG TELAH MEMULAKAN PERUSAHAAN INI DARI TAHUN 80AN LAGI.PERUSAHAAN INI TELAH MENDAPAT BANYAK SOKONGAN DARI PELBAGAI JABATAN KERAJAAN DIANTARANYA JABATAN PERTANIAN,RISDA.KEMAS DAN LAIN-LAIN.MEREKA INI BANYAK MEMBANTU DARI SEGI PERALATAN SEPERTI MESIN-MESIN DAN ILMU-ILMU YANG BERKAITAN.DARI SEGI PEMASARAN.SAYA SELALU MENGIKUTI PELBAGAI KURSUS YANG DIADAKAN OLEH PIHAK JABATAN KERAJAAN.SELAIN ITU SAYA MENCARI PASARAN DENGAN USAHA SENDIRI.SEPANJANG MENGUSAHAKAN PERUSAHAAN INI,PASARAN DAN PERMINTAAN AMAT MENGGALAKKAN.PENGELUARAN HARIAN TAUHU LEBIH 700 KEPING SEHARI DAN MENGIKUT PERMINTAAN,MANAKALA BAGI MI KUNING PULA PENGELUARAN LEBIH KURANG 200 KILOGRAM SEHARI DAN MENGIKUT PERMINTAAN JUGA.APA YANG PENTING SAYA PERLU MENJAGA KUALITI DARI SEGI BENTUK DAN RASA SERTA HARGA YANG BERPATUTAN.SAYA BERHARAP AGAR PERUSAHAAN INI AKAN TERUS BEROPERASI DAN AKAN TERUS MENINGKATKAN TARAF PERUSAHAAN KETAHAP YANG LEBIH BAIK.
No comments:
Post a Comment